Sempena menyahut cabaran menyediakan pembelajaran sepanjang hayat, MARA dan IKM Jasin juga mengelolakan kursus berbentuk modul kepada saudara dan saudari yang telah bekerja. Ini membolehkan saudara/i meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan kejuruteraan elektrik.
Kursus Modular yang dilaksanakan adalah seperti berikut :-
- Kursus Talian Aerial Voltan Rendah
- Kursus Papan Suis Voltan Rendah
Syarat - syarat kelayakan & maklumat kursus ialah:
A. Kursus Talian Aerial Voltan Rendah
- Peserta adalah BUMIPUTERA sahaja dan akan menduduki Peperiksaan Penjaga Jentera Elektrik dengan Suruhanjaya Tenaga.
Maklumat mengenai Pengeluaran Sijil:-
- Sijil kursus talian aerial voltan rendah akan dianugerahkan kepada peserta yang LULUS dengan jayanya;
- Dikecualkan daripada menduduki Amali talian aerial peperiksaan PJE A1 / A4011 / A4 (tertakluk kepada kebenaran Suruhanjaya Tenaga)
- Perlu menyiapkan Buku Log latihan amali yang dijalankan semasa latihan.
B. Kursus Papan Suis Voltan Rendah
- Peserta adalah BUMIPUTERA sahaja dan berumur tidak kurang 17 tahun.
Maklumat mengenai kursus yang dijalankan:-
- Peserta kursus akan didedahkan dengan teori papan suis voltan rendah dan amali pepasangan papan suis dan pengujian yang bersesuaian;
- Kursus ini sesuai untuk peserta yang masih baharu dan ingin mengenali dengan lebih dekat mengenai papan suis dan pemutur litar udara (ACB) dan kaedah pepasangan serta senggaraannya.
Maklumat mengenai pengeluaran sijil:-
- Perakuan menghadiri kursus akan dikeluarkan kepada peserta yang hadir dengan jayanya.
Sekiranya berminat, saudara dan saudari boleh mengisi borang di bawah:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan